RESEPI BISKUT OAT COKLAT.

RESEPI BISKUT OAT COKLAT. 
Resepi, Biskut Oat, Biskut Oat Coklat
Google Image
Biskut Oat memang sedap dan amat menarik jika dihidangkan bersama tetamu ketika hari raya nanti. Rasanya memang tak cukup la biskut oat coklat nie. kalau nak buat pun memang kena buat lebih biskut oat coklat nie.

BAHAN-BAHANNYA:

3 cawan tepung gandum
6 sudu besar serbuk koko
6 cawan oat
1 1/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan minyak sapi
1/2 buku mentega

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT OAT COKLAT.

Mula-mula sekali saulkan tepung, gula, oat dan serbuk koko sehingga betul-betul sebati.
Jangan lupa cairkan dulu mentega dengan minyak sapi terlebih dahulu.
Kemudian campurkan minyak sapi dan mentega.
Setelah dicampurkan kacau sehingga semuanya sebati.
Kemudian anda bentukkannya mengikut bentuk kegemaran anda.
Setelah itu barulah masukkan ke dalam oven suhu 200' C selama 30 ke 40 minit.
Keluarkannya setelah benar-benar masak dan kemudian biarkan sejuk.
Akhir sekali salutkannya dengan susu dan gula halus tadi.
Biskut Oat Coklat anda telah pun siap untuk hidangan.

Selamat Mencuba.

2 comments: