Google Image
Ayam goreng rempah memang begitu mudah dan amat senang disediakan. Apatah lagi bahan-bahannya simple dan mudah didapati. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat ayam goreng rempah.Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam yang dipotong kecil-kecil
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
1 sudu teh lada hitam *
1 sudu teh ketumbar *
Halia *
2 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
2 sudu makan kicap pekat
Garam
Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu
Cara-Cara Membuat Ayam Goreng Rempah:
Gaulkan ayam tadi dengan semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga sama rata.
Perapkannya dan biarkan selama 1 jam.
Kemudian anda boleh menggorengkan ayam yang telah diperap tadi sehingga garing.
Ayam goreng rempah anda telah pun siap untuk hidangan anda sekeluarga.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment