NASI GORENG CINA SEDAP DAN SIMPLE |
Bahan-Bahannya :
1 /2 pot beras dimasak untuk dijadikan nasi goreng.
1 mangkuk kecil sayuran campur (karot, jagung & peas).
200 gm isi ayam cincang @ boleh guna ayam cincang Ayamas.
Serbuk lada sulah
3 sudu besar bawang putih kisar
2 biji telur
1 labu bawang holland - dimayang sederhana halus
Sedikit garam
Serbuk perasa
1-2 sudu besar minyak bijan.
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan Nasi Goreng Cina Simple :-
Terlebih dahulu anda panaskan minyak.
Tumis bawang putih kisar dan bawang mayang hingga naik bau wanginya dan garing.
Kemudian masukkan daging ayam cincang dan kacau hingga rata.
Masukkan lada sulah dan jangan terlalu banyak kerana rasanya akan bertambah pahit.
Jika anda suka pedas sikit, bolehlah anda tambah 5-6 tangkai cili padi.
Kemudian masukkan telur dan biarkan telur tersebut keras dan kacau untuk ratakan telur dengan tumisan yang lain.
Masukkan sayur campur dan kacau sehingga rata sepenuhnya.
Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Kacau sehingga rata dan masukkan minyak bijan untuk mendapatkan bau yang harum.
Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan dengan hirisan timun, hirisan tomato.
Setelah siap sepenuhnya anda bolehlah menambahkan lagi hiasan seperti daun bawang dan bawang goreng.
Anda boleh juga memakan bersama ayam goreng ataupun beberapa keping nugget.
Nugget semestinya menjadi kegemaran anak-anak.
Selamat Mencuba
KREDIT inachomel
wow menarik resepi nya.. sudi-sudikan le lawat resepiasiacom ye =)
ReplyDelete