RESEPI BISKUT COKLAT ROLL.

RESEPI BISKUT COKLAT ROLL.




Google Image


Hari ini resepi-oh-resepi ingin berkongsi mengenai biskut coklat roll. Apabila sebut ajer pasal coklat dah tentulah menjadi kegemaran kanak-kanak. Biskut coklat roll ini amat jarang kita temui kerana ia tidak begitu popular. Resepi ini di ambil dari majalah mingguan wanita.

Pasti ramai ingin berkongsi resepi coklat roll ini.

BAHAN-BAHANNYA:
180 gm mentega
100 gm gula perang
50 gm tepung jagung
30 gm badam halus - dibakar terlebih dahulu
250 gm teoung gandum
Coklat Emulco

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT COKLAT ROLL.
Permulaannya kita mesti memukul mentega dan gula sehingga putih serta gebu.
Kemudian masukkan tepung, tepung jagung dan badam halus.
Adun adunan ini sehingga sebati dan menjadi doh.
Canaikan adunan ini di atas papan dan bentukkannya dengan bentuk yang anda suka.
Kemudian masukkan di dalam ketuhar pada suhu 180 C selama 20 minit.
Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
Akhir sekali celup dalam coklat hitam dan cakar-cakar sedikit dengan coklat putih.
Biskut coklat roll anda telah pun siap dibina. Hehehe...

No comments:

Post a Comment