Google Image
Hari ini kita akan cuba membuat daging masak lada hitam. Pasti ramai yang pernah merasai daging masak lada hitam nie kan? Apa kata kita cuba membuat daging masak lada hitam nie.
BAHAN-BAHANNYA.
4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos masam manis
1 sudu teh sos lada hitam - optional
1 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar tepung jagung telah dibancuh dgn sedikit air
5 biji cili api (dititik)
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Garam
Gula
CARA-CARA MEMASAK DAGING MASAK LADA HITAM.
Goreng daging hingga separuh garing di dalam kuali yang panas. Setelah garing keluarkan dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik baunya dan berwarna perang
.Kemudian masukkan daging, separuh lagi lada hitam dan kicap pekat dan kacau sehingga serata dan sebati.
Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos masam manis, bawang besar, cili api dan cili merah.
Kacaukan semua bahan-bahan tersebut sekali lagi.
Selepas itu masukkan pulan bancuhan tepung jagung, daun sup dan daun bawang.
Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut kesesuaian anda. Tetapi sebelum itu jika masakan ini sudah cukup masin dan manis tak perlulah anda masukkan garam dan gula lagi.
Setelah itu kacau hingga sebati dan tunggu sehingga benar-benar masak.
Daging masak lada hitam anda telah pun siap.
Selamat Mencuba.
SUMBER
No comments:
Post a Comment