Google Image
Ayam kampung kalau di masak gulai memang sedap dan lazat jika dibandingkan dengan ayam bandar atau ayam pencen. Ayam kampung ditambah pula dengan rempah ratus lagi menyelerakan. Resepi akan membawa anda merokai cara masakan ayam kampung iaitu ayam kampung berempah.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT AYAM KAMPUNG BEREMPAH.
6 batang serai
100 gm halia
50 gm lengkuas
50 gm biji ketumbar
5 biji bawang putih
50 gm kunyit hidup
1 biji telur
100 gm tepung jagung
Garam
CARA-CARA MEMBUAT AYAM KAMPUNG BEREMPAH.
Setelah dikisar dan semuanya sebati anda masukkan ayam kampung.
Kemudian masukkan tepung jagung dan telur.
Gaul semua bahan tersebut dan ayam hingga sebati dan rata.
Dan perapkannya tak kisah la berapa lama pun janji semua bahan-bahan tersebut telah masuk menyerap ke dalam ayam.
Akhir sekali setelah diperap selama hampir 5 jam angkat dan gorengkannya di dalam kuali yang panas.
Goreng ayam tersebut hingga kekuning-kuningan dan naik baunya hingga menusuk kalbu.
Ayam kampung berempah anda telah pun siap untuk hidangan.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment